WELCOME THERE !! THANKS 4 VISITING !! YOU'RE NOW IN MY WORLD :) WILL HIT U BACK :D MY BLOG , MY RULES !

TIPS MEMILIH KASUT YANG SESUAI (:

Views


Tinjauan oleh American Orthopaedic Food and Ankle Society (AOFAS) pada 1993 terhadap 386 wanita mendapati 88% memakai kasut terlalu kecil untuk kaki mereka.Mamaksa kaki menyarung kasut yang terlalu kecil dan membiarkannya menekan setiap hari menyebabkan kesakitan dan kecacatan yang berpanjangan Bunion. Jari Kaki tukul ,mallet toes dan claw toes sering merupakan akibat pemakaian kasut yang tidak sesuai

OK. DIsebabkan ini, harini , farah nk share kat korang tips2 memilih kasut yg sesuai utk kaki korang (:


  Sekiranya anda memilih bentuk kaki yang lebar dan betis yang agak besar seeloknya hindarilah daripada memilih fesyen kasut yang diikat dengan tali. Ini kerana ia menunjukkan bentuk kaki dan paling ketara ia menonjolkan daerah pergelangan kaki.




  Dalam memilih kasut pula, seeloknya pilihlah kasut daripada rona warna yang boleh disesuaikan dengan setiap fesyen atau warna baju yang dipilih.



 Elakkan daripada memilih kasut-kasut daripada warna terang seperti merah atau oren kerana ia akan membuatkan kaki kelihatan lebih besar, dan pendek.






  Seeloknya pilihlah kasut tertutup dan yang mempunyai permukaan tertutup yang lebih besar untuk menutupi pergelangan kaki dan akan membuatkan kaki kelihatan lebih menarik.




 Pemilihan kasut “sling” iaitu dari fesyen yang bertali tersangkut di belakang, ia akan menonjolkan bahagian bawah kaki terutamanya bahagian pergelangan kaki.



 Masa terbaik untuk membeli kasut adalah pada waktu petang apabila kaki anda berada dalam keadaan yang sedikit membesar atau bengkak. Jika kasut yang dipakai sewaktu kaki anda membengkak berasa selesa, ia pasti akan dapat memberi keselesaan pada sepanjang hari.



 Sentiasa memakai kasut dengan sarung kaki atau stoking untuk membantu mengelakkan kemelecetan atau kesakitan. Pilihlah sarung kaki yang lembut dan diperbuat daripada kapas atau campuran kapas dan gentian tiruan, yang akan membantu mengekalkan kekeringan kaki. Jangan memakai sarung kaki yang terlalu ketat di pergelangan kaki kerana ia boleh menyekat aliran darah ke kaki anda. Tukar sarung kaki atau stoking setiap hari.




HOPE MEMBANTU KORANG ^^




CREDS:


THANKS FOR READING!

4 Comments:

acheeqa farhana said...

wahhh..nice tips..selalu beli kasut main pakai lenjan je..

tapi selesa tu pntg kan dlm mmlih kasut? :)

fatin adawiah said...

suke & pntang betul bile tgok kasut cntik..bile dah terbeli..& xselesa utk dipakai..mulalah mnyesal xsudah membazir kan..haha

selamat membeli^^

tiefazatie said...

nice..ifa mmg pentingkan keselesaan kaki n kecomelan kasut..haha

B33HA B3n said...

wah, bagusnye tips...

Tapi kadang2 masa beli ok, da pakai lame2 sakit lak kaki.