WELCOME THERE !! THANKS 4 VISITING !! YOU'RE NOW IN MY WORLD :) WILL HIT U BACK :D MY BLOG , MY RULES !

TIPS ELAKKAN TUMIT KAKI MEREKAH

Views


PUNCA PUNCA NYA (:



  Berdiri terlalu lama di permukaan kasar


  Obesiti. Kegemukan memberi tekanan berlebihan kepada lapisan lemak pada tumit, menyebabkan kulit mudah pecah jika ia tidak lagi mampu menahan tekanan ini. 


  Memakai kasut tidak bertutup belakang juga dikatakan meningkatkan tekanan pada tumit.


  Kelenjar peluh yang tidak aktif


  Bentuk tapak kaki terlalu leper


  Memakai kasut yang terlalu ketat


 Aktiviti lasak & pemakanan






ASAS PENJAGAAN KAKI




  Kaki perlu dibersihkan setiap hari (sebagaimana rutin kita menjaga muka) walaupun anda tidak mengalami masalah kaki berbau. Cuci kaki dengan sabun antibakteria dan dilap hingga kering, terutama pada celah jari kaki. 


  Pastikan kuku kaki sentiasa pendek bagi mengelakkan pembiakan bakteria


  Pakai stoking yang dapat menyerap peluh dengan baik jika mahu memakai kasut bertutup. 


  Pakai stoking yang dibuat daripada benang bulu dan elakkan stoking sintetik. 


   Tukar stoking dan kasut setiap hari (atau selang selikan dengan kasut lain). Memakai kasut sama setiap hari akan menyebabkan masalah bau bertambah teruk kerana kelembapan yang terperangkap dalam kasut tidak sempat kering.


  Menabur bedak dalam kasut boleh membantu penyerapan peluh yang masih terperangkap dalam kasut. 




TIPS ASAS PENJAGAAN KAKI


  Cuci kaki anda sekerap mungkin, terutama di celah-celah jari dan pastikan anda mengeringkannya dengan betul. Gunakan sabun, sebaik-baiknya yang mengandungi pelembap atau gunakan pelembap secara berasingan, sejurus selepas mencuci kaki. 


 Elakkan memotong kuku kaki sehingga pendek. Sebaik-baiknya potong memanjang




  Letakkan kaki anda ke atas sama ada ketika duduk ataupun baring. Regangkan kaki jika anda terpaksa duduk terlalu lama. Sesekali berjalan jika sudah duduk terlalu lama. 



BAGAIMANA MEMILIH KASUT YANG SESUAI ??


Apabila membeli kasut, ikuti garis panduan berikut untuk memastikan kasut dibeli sesuai untuk kaki anda. 

* Masa paling sesuai untuk membeli kasut ialah lewat petang kerana ketika itu kaki anda berkeadaan besar.

* Sebelah kaki selalunya lebih besar daripada yang sebelah lagi. Beli kasut yang muat untuk kaki yang lebih besar itu.

* Pastikan ibu jari kaki anda berkeadaan selesa apabila anda memilih kasut.

* Usah fikir kasut akan mengembang apabila sering dipakai. Jika terlalu ketat, usah membelinya biarpun anda begitu tertarik memilikinya.

* Pastikan anda benar-benar selesa dengan kasut yang hendak dibeli itu. 



CREDS : FIFAPG9


THANKS FOR READING!

1 Comments:

~~ nOyuE N wAfiE ~~ said...

jom join GA dr sy..
http://cahayasenyuman.blogspot.com/
=)