WELCOME THERE !! THANKS 4 VISITING !! YOU'RE NOW IN MY WORLD :) WILL HIT U BACK :D MY BLOG , MY RULES !

AMALAN HARIAN UTK MANFAAT DIRI KITA (:

Views

Sempena hari jumaat , farah akan buat post berkaitan dgn agama . So, buat post pertama ni, farah nak kongsi dgn korang  antara amalan2 harian yng korang boleh buat utk manfaat diri kita sendiri dunia akhirat. insyaAllah (:


1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan dikabulkan – Riwayat Tirmidzi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dan sebagainya dalam dirinya.
4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
5. ALLAH S.W.T akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat farhdu.
6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi S.A.W membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru diambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian memakai pakaian terbaik dan wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10. Uthman bin ‘Affan R.A meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya- Riwayat Tirmidzi
11. Nabi S.A.W tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, baginda makan dan sebaliknya baginda tinggalkan- Riwayat Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi S.A.W makan dengan menggunakan 3 jari(ibu jari telunjuk dan tengah)-Riwayat Muslim. Jarang sekali baginda makan dengan menggunakan 4 atau 5 jari kecuali ada keperluan.
13. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa berselawat walaupun sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH S.W.T seperti yang dihadapi oleh para Nabi.
14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
15. Perbaharui wuduk setiap kali bersolat kerana padanya terdapat banyak fadhilat.
Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya- Riwayat Abu Dawud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
17. Nabi S.A.W sering menghadap ke kanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum.
18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardhu.
19. Nabi S.A.W tidak makan sambil bersandar- Riwayat Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi mengelakkan dirinya terlalu kenyang dan memudahkan penghadaman.
20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali setiap selesai solat subuh, Maghrib dan Isyak, ALLAH S.W.T akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.



THANKS FOR READING!

3 Comments:

Selendang Merah said...

nice untuk perkongsian kita semua bersama...

★ aIsyaH ★ said...

wah..memang sgt bermanfaat..

teringin sgt nk amalkan setiap saat..tp sy juga insan biasa..but i will try..pray 4 me..=)

ecadwinkyasha said...

perkongsian yg menarik.sama2 kita amatkan.