WELCOME THERE !! THANKS 4 VISITING !! YOU'RE NOW IN MY WORLD :) WILL HIT U BACK :D MY BLOG , MY RULES !

TIPS MEMILIH GAYA TUDUNG YANG SESUAI DGN BENTUK MUKA

Views

SALAM :) Da  lame frah ta updte blog kan ? hukhuk.. sorry.. bz sket cuti ni .. so, arineyh frah share tips ni .. hope bley mmbntu korang utk plih slndang yg sesuai utk korang :D




  


 BENTUK MUKA OVAL


- Bentuk Muka Oval Biasanya boleh dikatakan bentuk idaman.Oleh itu,dalam menggunakan tudung, bentuk muka yang lain memerlukan sentuhan khusus supaya dapat mendekati bentuk 
muka oval.Sementara itu,bagi anda yang mempunyai bentuk muka oval pula, anda bebas 
memilih gaya bertudung, bahkan dapat mengelakkan daripada menggunakan hairband. Jadi 
jika anda penggemar selendang, anda bebas untuk menggunakan apa juga jenis selendang dan boleh memilih untuk menggunakan anak tudung atau pun tidak.









 BENTUK MUKA PETAK

- Bentuk Muka Petak Ciri bentuk muka petak adalah lebih lebar di antara pelipis dan antara pangkal rahang lebih kurang sama, tulang rahang yang dilihat dengan jelas namun bahagian 
dagu kelihatan samar.Dalam mengenakan tudung,bahagian tulang rahang dapat 
disembunyikan disebalik tudung dan gunakan hairband supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang.Mereka yang mempunyai bentuk muka ini, perlulah bijak menggayakan 
selendang.Stail Selendang Bienda atau ikatan di belakang tengkuk perlu dielakkan kerana gaya selendang ini tidak dapat menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar.Pilihlah gaya selendang yang menjurus kepada gaya lilitan.









 BENTUK MUKA PANJANG


Bentuk Muka Panjang Seperti bentuk muka segi tiga,mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagunya yang panjang.Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang.Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening.Penggunaan anak tudung syiria bersama selendang adalah disarankan buat mereka yang memiliki bentuk muka panjang kerana ia dapat membantu kamu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi.Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka oval,semua jenis selendang sesuai digayakan.









  BENTUK MUKA BULAT


Bentuk Muka Bulat Bentuk muka bulat dicirikan dengan jarak dahi ke dagu sama dengan jarak kedua-dua pelipis serta tulang rahang yang bertimbung di pipi.Mereka yang mempunyai bentuk muka ini disarankan menggunakan hairband terlebih dahulu sebelum menggunakan anak tudung.Pilihla anak tudung yang diperbuat dari bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah.Hairband yang digunakan akan membayangkan keluar dan menampakkan bentuk muka yang memanjang.Bagi pemilihan selendang,disarankan memilih selendang yang mempunyai fabrik yang nipis agar ukuran kepala tidak kelihatan bertambah apabila digayakan.Selandang pashmina nipis atau pashmina mini sangat sesuai digayakan mereka yang mempunyai bentuk muka bulat.Bagaimanapun , disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.







  

 BENTUK MUKA SEGI TIGA


Bentuk Muka Segitiga Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga,ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan dengan jarak pangkal rahang.Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu ditengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka.Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti hairnet.Bagi membolehkan bahagian kening terangkat gunakan headband sebelum menggunakan anak tudung tersebut. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukanlah satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka oval.Bagaimanapun, cara pemakaian selendang haruslah diperhatikan agar jarak pelipis yang lebih lebar berbanding jarak pangkal rahang tidak kelihatan nyata.Gaya selendang harus menjurus kepada gaya pintalan atau gaya sanggul lebih sesuai kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.






CREDS : FACEBOOK HADA COLLECTIONS
SUMBER : MAJALAH NUR DAN DARA
THANKS FOR READING!

5 Comments:

Nelva Amelia said...

nice info, thanks for sharing ^^

Nelva Amelia said...

aa

hazirah kasimon said...

:) makasehhhh

deeya_shouranlee said...

cuba tunjukkan contoh yg real bawah gambar tu.. hehe... boleh tak? maceh...

Al-Saaleika said...

Very informative..tq

nak jemput sis join GA..

http://al-saaleika.blogspot.com/2011/11/ga-silaturrahim.html

harap sudi join, tq