WELCOME THERE !! THANKS 4 VISITING !! YOU'RE NOW IN MY WORLD :) WILL HIT U BACK :D MY BLOG , MY RULES !

6 CARA MEMBUATKAN WANITA BERASA ISTIMEWA

Views


  Beritahu bahawa kehadiran mereka amat bermakna terhadap kehidupan anda


- Apabila anda memberitahu mengenai perkara ini, ia secara tidak langsung akan membuatkan mereka berasa seperti diperlukan dan istimewa. Beritahu perubahan yang telah berlaku didalam kehidupan anda selepas kehadiran mereka ataupun sebagainya.




  Bezakan layanan terhadap mereka dan juga rakan


- Perkara ini adalah kesalahan yang sering dilakukan oleh pasangan. Mereka merasakan bahawa apabila melayan pasangan sebagai rakan, hubungan mereka akan lebih rapat. Ia sebenarnya tidak tepat sama sekali. Anda perlu bezakan layanan terhadap mereka dan juga rakan. Ini kerana pasangan anda akan lebih sensitif terhadap setiap perkara yang anda lakukan. Perbezaan yang anda tunjukkan inilah yang akan membuatkan mereka berasa istimewa.




  Memberikan mereka perlindungan


-Wanita akan lebih tertarik terhadap lelaki yang mampu untuk membuatkan mereka berasa selesa dan dilindungi. Pasti perlindungan yang anda berikan akan membuatkan mereka berasa lebih istimewa.




  Hormati pendapat mereka


- Buatkan mereka merasakan bahawa anda menghargai kewujudan mereka didalam kehidupan anda. Hormati pendapat mereka, dan ia akan membuatkan mereka akan berasa lebih istimewa.




  Meminta maaf-


-Sememangnya seorang lelaki akan lebih sukar untuk meminta maaf. Ia mungkin disebabkan oleh keegoan mereka. Sekiranya anda telah melakukan kesalahan, jangan terlalu sukar untuk meminta maaf. Ketepikan ego anda dan pasti ia akan membuatkan mereka berasa istimewa.




  Penghargaan


- Tunjukkan penghargaan anda terhadap apa yang telah mereka cuba usahakan didalam hubungan. Penghargaan yang ditunjukkan akan membuatkan mereka rasa dihargai dan juga istimewa.

CREDS :
TOP5REASON
THANKS FOR READING!

0 Comments: