WELCOME THERE !! THANKS 4 VISITING !! YOU'RE NOW IN MY WORLD :) WILL HIT U BACK :D MY BLOG , MY RULES !

TIPS : PENJAGAAN RAMBUT BAGI WANITA BERTUDUNG

Views

entry n tips ini ditujukan khas buat mereka yg bertudung :) care korang jage rmbut korang jika bertudung .. bgi rmbut ta berbau , tak rosak keyh :) jom lihat!




  Pilihlah tudung dari jenis kain yang mudah menyerap peluh seperti fabrik dari kain kapas. fabrik yang mudah menyerap peluh akan memudahkan aliran udara dikepala anda.



  Trend pemakaian tudung terkini menyaksikan gabungan beberapa lapis tudung bagi sekali pemakaian. Kita boleh menvariasikan gaya anda begitu namun ingat, jangan melebihi empat lapisan kain. Ini kerana semakin tebal tudung anda semakin sukar rambut anda bernafas.



 Janganlah memakai anak tudung yang terlalu tebal atau berlapis-lapis kerana ini akan membuatkan rambut sukat untuk bernafas dan mudah lembab dan berbau.



  Jika kita memakai tudung, sebaiknya potong rambut anda pendek dan biarkan ia lepas mengurai. Jika ingin mengikat rambut, janganlah terlalu ketat. Pilihan terbaik jangan simpan rambut anda melebihi 60sm



  Hindari pemilihan kain tudung berwarna gelap seperti hitam jika kita banyak menghabiskan masa di bawah sinar matahari. Warna hitam akan menyerap sinaran matahari lebih banyak dan ini kadangkala akan membuatkan anda tidak selesa, berasa pening dan kulit kepala akan mudah gatal.



 Cucilah rambut sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu. Sebaiknya cucilah pada waktu petang.sebaik sahaja anda pulang dari kerja.Selebihnya cucilah pada hujung minggu.Keringkan rambut secara semulajadi.Biarkan ia lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya dengan tuala.




  Jika anda memakai tudung kepala, pastikan rambut anda dikeringkan terlebih dulu tau. 


Kalau tidak nanti rambut anda akan bermasalah seperti berkelemumur, rambut berbuah, rambut


 berbau dan rasa tidak selesa seperti pening kepala




 Untuk mengembalikan kesegaran rambut bagi yang bertudung, letakkan santan kelapa di


 atas rambut. Biarkan ia seketika dan ia lebih berkesan jika dibalut dengan tuala. Langkah 


seterusnya ialah bilas dengan air bersih dan kemudian basuh rambut dengan menggunakan


 syampu yang sesuai. Untuk kesan yang terbaik, amalkan cara ini seminggu sekali.






 Gunakan air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala yang optimum.




 Elakkan memakai anak tudung atau cekak rambut terlalui ketat. Sebaiknya pastikan ada pengaliran udara yang masuk agar tidak terperap dan mudah berbau.




creds : 

THANKS FOR READING!

0 Comments: