WELCOME THERE !! THANKS 4 VISITING !! YOU'RE NOW IN MY WORLD :) WILL HIT U BACK :D MY BLOG , MY RULES !

TIPS MEMILIH & MEMAKAI BLUSHER YANG SESUAI

Views



MEMILIH WARNA BLUSHER YANG SESUAI 

  Pemilihan warna yang sesuai adalah mudah. Warna terbaik dapat ditentukan oleh warna pipi anda adalah selepas anda selesai bersenam...di situ anda akan nampak warna sebenar pipi anda. 



  Jika anda berkulit cerah, pilihlah warna terang.



  jika anda berkulit gelap, pilihlah warna yg agak gelap




  Sekiranya anda memakai lipstick bewarna pink, pakailah pemerah pipi yang sama iaitu pink. Jika anda memakai lipstick warna bronze, sapukan pemerah pipi warna bronze. Jangan memakai blusher warna bronze dengan padanan lipstick warna pink. Ini akan mendatangkan kesan tidak semulajadi pada anda.



JENIS-JENIS BLUSHER


  Powder blush
Adalah paling popular dan mudah didapati. Terdapat banyak pilihan warna. Gunakan 2 warna iaitu warna lembut dan warna terang. Contohnya, anda boleh membeli warna pink dimana disitu ada pink lembut dan pink terang. anda boleh menggunakan pink lembut pd waktu siang dan pink terang pd wartu malam. Anda juga boleh menggabungkan kedua2 blusher itu..pakai lembut dahulu kemudian terang.


       
  Cream blush
Adalah sangat sesuai dipakai oleh wanita yang telah berusia @ pun kepada wanita yang mempunyai kulit yang kering. Kerana ia akan lembap dan mudah dipadankan.



  Gel stain /liquid blush

Adalah sangat sesuai pada wanita muda dan yang mempunyai kulit yang licin/halus. Ini akan memberikan kesan berkilau dan berwarna-warni pada kulit. Kecantikkan semulajadi anda akan tetap nampak walaupun anda ber'makeup'.

** Anda perlu segera mencuci tangan anda selepas menyapu ke wajah kerana blusher jenis ini adalah pekat. 


CARA MEMAKAI BLUSHER

1. Dengan menggunakan berus yang besar, pilih apa2 warna utk menghilangkan warna sedia ada.
2. SENYUM!!!! Anda akan lihat ada bahagian pipi akan timbul. Itulah tempat yang perlu anda sapukan blusher. Sapukan dengan tarikkan keluar.
3. Pastikan warna tersebut dipadankan dengan baik dan natural. Sepatutnya tidak hanya nampak garisan warna shj.
4. Jika anda inginkan kombinasi warna terang...sapukan warna lembut dahulu kemudian warna terang. 






creds : CHANTEQ COMEI COLLECTION

THANKS FOR READING!

0 Comments: