WELCOME THERE !! THANKS 4 VISITING !! YOU'RE NOW IN MY WORLD :) WILL HIT U BACK :D MY BLOG , MY RULES !

TIPS MEMILIH JEANS YANG SESUAI

Views
hello :) today, farah na share same korang tips utk memilih jeans yg sesuai utk korang .. nak tau tak ? penat frah cari tau.. ada yg dri bhase indon, frah translate kan utk korang siap ! jom tgok.. make sure bace smpe abis !




 Seluar potongan but adalah gaya sepanjang masa. Bahagian betis yang kembang menjauhkan tumpuan pada pinggang, pinggul dan paha. Ia juga mengecilkan paha dan menjadikan kaki lebih runcing. Gaya klasik ini sesuai untuk bentuk tubuh berisi seperti pir atau hour glass. Potongan lurus pula sesuai untuk semua bentuk badan termasuk epal. Secara semula jadi, pinggang terletak pada tempatnya dengan potongan ramping pada paha dan betis. Semua orang perlu ada seluar potongan ini kerana ia boleh digayakan dengan apa saja.








  Seluar runcing dan ketat sesuai untuk mereka yang berkaki panjang dengan bentuk badan seperti lelaki. Bagi menampakkan paha lebih menarik, pilih seluar dengan ilusi warna seperti kesan pudar pada bahagian berkenaan. Elakkan bergaya keterlaluan. Jika anda rendah dan kecil, potongan lurus pada kaki lebih menarik berbanding potongan lebar. Mereka yang bertubuh epal iaitu memiliki pinggul dan perut yang besar perlu elakkan seluar ini atau bentuk sigar (skinny),






 Seluar berkaki kembang kembali dengan gaya lebih menarik. Ia amat sesuai untuk mereka yang bertubuh pir kerana ia membuatkan anda lebih ramping dan seksi. Seluar ini juga selesa dan versatail kerana mengimbangkan pinggul dan paha yang besar. Pinggang potongan tinggi, kaki kembang menjadikan anda lebih tinggi dan ramping, malah kelihatan menarik digayakan dengan top mengikut bentuk tubuh dan baju panas paras pinggang.





 Straight cut jeans
Straight cut jeans merupakan jeans lurus dari dari paha sampai kaki. Model jeans ini mnjadikan  tinggi bila dipakai, dan sesuai  untuk badan yang tidak terlalu tinggi dan sesuai  untuk pinggang yang lebar sehingga terlihat lebih ramping.





  Skinny jeans menjadi sangat populer belakang ini. Banyak perempuan ingin terlihat sempurna saat mengenakan skinny jeans. Namun sayangnya, jeans model ini tidak sesuai digunakan untuk yang berpinggul besar karena akan semakin terlihat besar. Lebih sesuai untuk yang berbadan kecil





PANDUAN MEMAKAI JEANS 


  Jangan melipat bahagian bawah seluar jika ketinggian anda di bawah 5’5”. Ia membuatkan kaki anda lebih pendek.



  Potongan kapri juga membuatkan kaki anda lebih pendek.



  Pastikan bahagian bawah seluar menutupi sebahagian kasut anda.



  Kasut hitam yang panjang membantu kaki tampak lebih panjang.



  Kedudukan dan saiz poket memberikan kesan kepada gaya. Elakkan poket kecil dan jauh jarak antara satu sama lain kerana ia membuatkan pinggul anda kelihatan besar.



  Poket yang terletak agak ke bawah menampakkan pinggul anda lebih tinggi. Berhati-hati dengan butiran hiasan mahupun warna pudar pada kawasan ini.




  Mereka yang bertubuh rendah, gulung seluar dan gayakan dengan kasut tumit tinggi.



  Jika berpinggul leper, tambahkan hiasan pada bahagian belakang.



  Lebih gelap warnanya, lebih memberikan ilusi ramping. Pilih warna kelabu, hitam dan biru gelap.





creds : 
- MYSELEBRITI
- WOLIPOP
THANKS FOR READING!

2 Comments:

ezzamalik said...

tq for the information(:
hargai sgt2!

mimie said...

tips yang besh. keep it up!