WELCOME THERE !! THANKS 4 VISITING !! YOU'RE NOW IN MY WORLD :) WILL HIT U BACK :D MY BLOG , MY RULES !

TIPS MEMAKAI & MEMILIH LIPSTICK YANG SESUAI

Views

assalamualaikum :) arineyh frah na share tips pasal lipstick pulakk.. wahh ~ suke tak ? suke tak ? ini tips bgi korang yang suke pakai lipstick la :D penat frah cri kan tau utk korang.. hee.. jom kite tgok !






 Untuk mengelakkan daripada gincu terkeluar dari bibir, gunakan penggaris bibir (lip liner) atau sapukan sedikit bedak asas pada bibir.




  Jika anda mempunyai bibir yang tebal dan besar, gunakan warna-warna ganjil seperti ungu, coklat dan gangsa.




  Jika anda berbibir kecil, hindarkan warna gelap.




  Para profesional lebih gemar menggunakan berus untuk menggunakan gincu bibir. Penggunaan berus ini akan mengurangkan penggunaan lipstik.




WARNA LIPSTICK YG SESUAI UNTUK KORANG



 Bagi yang berambut perang cerah bolehlah menggunakan gincu berwarna wines, berri, ungu pucat dan cappucino.




 Rambut perang emas pula sepatutnya menggunakan warna seperti aprikot, merah, pink, putih atau pic.




 Bagi yang berambut perang dengan ton kulit berwarna gelap disarankan agar memakai gincu berwarna sejuk seperti pic, coklat atau coklat kemerahan (terracotta).




 Rambut berwarna coklat gelap dan berkulit gelap sesuai dengan warna coklat kemerahan dan coklat kekuningan (cinnamon).




 Rambut berwarna merah pula boleh mengenakan gincu berwarna coklat kemerahan, coklat kekuningan atau coklat pic.






WARNA LIPSTICK & JENIS KULIT KORANG




 Gincu merah jambu :

Kulit kuning : Hindari warna merah jammbu pucat kerana ia hanya akan membuat anda 



kelihatan lebih pucat, pilih warna merah jambu dari rona anggur atau berry pink.


Kulit agak gelap : Pilih warna merah jambu dengan efek sheer, berkilat, agar semakin   



menawan.


Kulit sawo matang : Pilih warna merah jambu bernuansa mocha atau kecoklatan.





 Gincu merah :


Kulit putih : Warna merah dalam variasi apapun pastinya sesuai jika anda dalam kategori


wanita berkulit putih. Namun jangan terlalu menjolok mata, sesuaikan dengan waktu dan acara.


Kulit kuning : Pilih merah tua dengan sedikit rona ungu seperti warna merah maroon atau


burgundy. hindari gincu merah berona jingga, kerana ia akan membuatkan wajah anda


 kelihatan pucat.


Kulit gelap : Penampilan akan lebih terserlah dan sesuai sekali sekiranya anda mengenakan



 gincu berwarna coklat tua atau warna red mahogani.



 Gincu coklat :


Kulit putih : Pilih coklat beige berona merah jambu untuk menambahkan kesan segar dan aktif



. Jika menghadiri majlis malam, pilih gincu dari rona honey agar kelihatan semulajadi atau

warna mocha untuk menonjolkan karakter wajah anda, terutama jika tulang pipi agak menonjol.


Kulit sawo matang : Pilih gincu warna coklat nuansa kopi agar terkesan eksotik. Tetapi jika



 tujuan anda untuk menonjolkan warna kulit, terutama untuk penampilan disiang hari, warna


 mocha adalah pilihan yang paling sesuai. Untuk waktu pagi, gincu karamel digunakan untuk


 kesan segar semula jadi.


Kulit kuning langsat : Pilih coklat toffee agar wajah segar, bercahaya. Variasi mahogany



 menonjolkan karakter muka, dan memiliki kesan dewasa. Sedangkan coklat sedikit merah


 atau plum, punya kesan nakal menggoda.


Kulit gelap : Coklat memang diciptakan untuk anda. Baik sekiranya anda dapatkan coklat



 gelap dengan sentuhan plum pekat atau glossy beige.









TIPS TAMBAHAN 




 Untuk menjadikan bibir yang kecil kelihatan besar, sapukan sedikit vaseline atau gloss bibir di bahagian tengah bawah bibir kerana ia boleh menyerlahkan bibir anda dan menjadikannya kelihatan lebih besar.




 Untuk menjadikan bibir besar kelihatan lebih kecil pula, anda boleh menggunakan warna-warna gelap. Warna-warna seumpama ini akan membuatkan bibir anda ke dalam. Namun begitu, hindarkan penggunaan lipstik yang terlalu bersinar.
















creds : AVON PARADISE
            DALAMCANTIK


THANKS FOR READING!

0 Comments: