WELCOME THERE !! THANKS 4 VISITING !! YOU'RE NOW IN MY WORLD :) WILL HIT U BACK :D MY BLOG , MY RULES !

PETUA LEMBUTKAN RAMBUT

Views


heyya, arineyh kite ckap pasal rmbut pulak nak ? di bawah neyh frah na share ngan korang petua2 utk mlmbutkan rmbut.. frah search n kumpulkan dlm entry neyh utk korang  :) 






  BUNGA RAYA






Caranya;

i. Petik 10 helai daun bunga raya dan tumbuk sehingga halus.

ii. Apabila proses di atas dah siap, sapukan daun yang dah ditumbuk halus pada rambut anda hingga ke akarnya.

iii. Kemudian balut rambut anda dengan plastik (shower cap) selama 30 minit.

iv. Lepas tu, cucilah rambut anda dengan air sejuk dan keringkannya.

v. Anda boleh mengamalkan petua sejagat ni 2 kali seminggu sehingga mendapat hasil yang diinginkan.








 KANGKUNG






 i. Ambil secekak kangkung dan bersihkan. 


ii. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir.


 iii. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.






 TELUR & HALIA


1. Bahan-bahan untuk lembutkan rambut ialah : 2 biji telur dan sedikit halia diparut halus  

2.Pecahkan telur tadi,kemudian lumur pada rambut.

3.Rendamkan parutan halia tadi di dalam air suam. 

4.Apabila dah kering, basuh dengan syampu(supaya bau telur tadi dapat dikurangkan ^_^) 

5.Perapkan rambut dengan air rendaman parut halia tadi.

 6.Biarkan selama 5 minit, kemudian bilas dengan air biasa. ** Lakukan sekali setiap minggu untuk keberkesanannya. 




 YOGURT






1.Masukkan dua sudu besar susu tepung dalam cawan. 


2.Bancuh dengan air suam lebih kurang 60 celsius. 


3.Kacau dan perahkan air limau nipis. Kacau lagi dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 6 jam. 


4.Apabila pekat bolehlah dilumurkan pada rambut anda. 


5.Biarkan selama sejam dan bilas.


 Amalkan selalu, insyaAllah rambut akan semakin lembut dan mudah diurus.






  TIPS TAMBAHAN 

Sebelum bersyampu, gunalah dulu minyak rambut bayi (baby Oil). Sapukan pada rambut seperti biasa kemudian bolehlah anda bersyampu. Anda akan merasakan kelainan di mana rambut anda akan menjadi lebih lembut dan tidak mengerbang. Selamat Mencuba.





creds :

THANKS FOR READING!

0 Comments: