WELCOME THERE !! THANKS 4 VISITING !! YOU'RE NOW IN MY WORLD :) WILL HIT U BACK :D MY BLOG , MY RULES !

GAYA TULISAN & PERSONALITI :)

Views

jom tgok personaliti korang :) dari dato' dr. fadzilah kamsah :D sekadar prmainan 


TEKANAN

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di
bahagian belakang kertas.
- Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
- Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit 





BENTUK TULISAN


i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
- Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak
memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
- Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak
memakai otak di sebelah kiri (otak logical) 



KECONDONGAN

i. Condong ke kanan
-Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain,
peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang,berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
- Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat
setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak
-Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan
sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur
- Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur


KERAPATAN

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut 

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah,
mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan
kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

 



PADA PALANG HURUF T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana





GAYA TULISAN

i.sama
- sukar untuk berubah
-lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu
-tetap pendirian dan lebih tegas

ii.berubah-ubah
-sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti diri
-bersikap individual
-keputusan mereka masih boleh dipengaruhi oleh orang lain








THANKS FOR READING!

0 Comments: