WELCOME THERE !! THANKS 4 VISITING !! YOU'RE NOW IN MY WORLD :) WILL HIT U BACK :D MY BLOG , MY RULES !

BUAT MASKER SENDIRI UNTUK ANDA

Views
haloo, halooo, entry baru mgenai mask :) farah bru jumpe.. so, korang boley buat sndiri kat rumah.. tapayh la na beli mask2 kat luar tuh.. yg mahal2 tuh.. neyh lagy senang.. buat sndiri. tade la cmpor sgala bhan2 yg ta sptotnye kan :) selamat mencuba ~





   Masker Tomato




Sangat sesuai untuk kulit normal.
Caranya : 

Potong sebiji tomato segar kepada dua belahan. Dan secara perlahan-lahan dan lembut, gosokkan kedua-dua belahan secara membulat ke seluruhan muka.
Biarkan kering kemudian basuh hingga bersih.
Selepas itu gunakanlah penyegar dan pelembab untuk kulit anda.







  Masker Putih Telur







Masker ini juga sesuai untuk semua jenis kulit. Dan bahagian putih telur dapat membantu memperbaiki warna kulit muka anda.
Caranya :

Basuh tangan sebersih-bersihnya. Pecahkan telur dan ambil bahagian putih sahaja. Kemudian urutkan putih telur tersebut keserata muka anda. Dan biarkan ianya betul-betul kering sebelum dibasuh bersih.
Selepas itu jangan lupa menggunakan penyegar dan pelembab. Hasilnya muka anda akan kelihatan bersih dan segar.





  Masker Pic Bermadu





Nampak yummy....apalagi melihatkan masker ini dibuat dari paduan buah pic segar dan madu.
Caranya :

Lumatkan sebiji buah pic yang telah dibuang kulitnya.
Kemudian campurkan pula 3 sudu kecil madu dan 2 sudu besar yogurt kedalam buah pic yang telah dihancurkan tadi. Kacau sebati, setelah itu lumurkan ramuan tadi pada keseluruhan muka anda termasuklah di bahagian leher dan mata. Berbaring dan buanglah semua perkara yang merunsingkan kepala sekejap. Setelah kering ( kira-kira 10 minit ), bersihkan dengan air suam dan jangan lupa memakai penyegar dan pelembab.







   Masker Mentimun



Topeng muka ini amat sesuai untuk sebarang jenis kulit muka.
Caranya :

Kisar 1 cawan kecil oat bersama 1 sudu besar bijirin gandum sehingga ia menjadi serbuk yang halus.
kemudian campurkan 2 sudu besar susu segar, 2 sudu besar whipping cream, 1 1/2 sudu besar jus lemon, 1 sudu besar yogurt, 1 sudu besar daun pudina yang dikisar sekali, 1/2 batang timun dipotong dadu.
kisar semua ramuan sehingga sebati. Sapukan ramuan tadi pada muka anda dan biarkan kering selama 10-15 minit. kemudian bilas dan gunakan penyegar serta pelembab.





  Masker Oatmeal





Sesuai sekali untuk anda yang ingin menghilangkan kulit kering.
Caranya :

Ambil secawan kecil Oatmeal yang biasa kita buat sarapan dikisar. 1 sudu besar jus lemon atau limau nipis, 1 sudu besar susu segar. 
Campurkan semua bahan, sapukan rata-rata keserata kulit muka. Biarkan kering kemudian basuh hingga bersih. Gunakan penyegar dan pelembab sebagai penutup.





  Masker pisang





Masker ini pun sedap jugak rasanya...
Caranya : 

Ambil 1 biji kuning telur, 2 sudu kecil minyak badam, dan 1 biji pisang masak.
Satukan kedalam mangkuk dan hancurkan bersama, gaulkan hingga sebati dengan menggunakan garfu. Sapukan keseluruh muka dan leher, biarkan selama 20 minit kemudian bilas dengan air sejuk. Selepas itu gunakan penyegar dan pelembab.





  Masker Avokado Bermadu




Caranya :

Lumatkan sebiji buah avokado masak yang telah dibuang kulitnya terlebih dahulu, campurkan dengan 1 sudu kecil madu.
Tambahkan 1 sudu kecil minyak badam  kedalam ramuan tadi dan kacau hingga sebati dan likat. Sapukan keseluruhan muka  dan biarkan kering lebih kurang 15-20 minit. urut perlahan untuk membuang sel kulit mati sebelum membilasnya dengan air suam. Selepas itu gunakan penyegar dan pelembab.





  Masker Jagung Kering





Caranya :

Campurkan 1/2 cawan kecil jagung kering, 1 biji putih telur, 1 sudu kecil madu, 1/2 sudu kecil serbuk soda penaik, dan 2 sudu besar susu segar.
Campurkan sehingga sebati semua bahan-bahan tadi, sapukan keseluruh muka dengan tidak melibatkan kawasan sekitar mata. Biarkan kering dan basuh hingga bersih dengan air suam. Selepas itu gunakan penyegar dan pelembab.





   Masker pelembab Telur dan Madu





Masker ini sangat baik untuk melembutkan dan melembabkan kulit yang kering dan kusam.
Caranya :

Campurkan 1 sudu besar madu, 1 biji kuning telur, 1/2 sudu kecil minyak badam, dan 1 sudu kecil yogurt.
Kacau sebati ramuan tadi dan lumurkan kewajah anda rata-rata dan biarkan kering selama 10-15 minit.
Bilas dengan air sejuk dan jangan lupa gunakan penyegar dan pelembab sebagai penutup.





  Masker Lumpur dan Avokado





Masker ini sesuai untuk kulit yang berminyak.
Caranya : 

Beli serbuk tanah liat khas untuk topeng muka dari farmasi berdekatan anda, campurkan 1 sudu besar serbuk tanah liat kering dengan 1 biji kuning telur, 1/2 buah avokado yang masak dan dibuang kulit, lecekkan dan campurkan semua bahan sehingga sebati, kalau kurang likat campurkan sedikit minyak zaitun.
Sapukan keseluruhan muka dan biarkan kering selama 10-15 minit. Elakkan kawasan mata. Setelah kering basuh dengan air suam dan gunakan penyegar dan pelembab seperti biasa.

  


   Masker Soya





Rammuan ini juga sesuai untuk anda yang kulit berminyak.
Caranya : 

Campurkan 2 sudu besar taufu fa (tanpa sebarang gula), bersama 1/2 sudu besar jus lemon, dan kisar dalam pengisar selama 30 saat.
kemudian sapukan kemuka dan biarkan kering. Bilas dengan air sejuk, kemudian gunakan penyegar dan pelembab yang sesuai dengan jenis kulit anda.


Selamat mencuba dan lakukanlah seminggu sekali untuk hasil yang memuaskan.




creds : LAMANPETUA

THANKS FOR READING!

2 Comments:

Anis Athia said...

Thanks for the info, hujung minggu ni boleh la nak try..hehehe

CikHoneyBee said...

nice entry! superb! cikhoneybee suka tip2 masker ni. cikhoneybee nk share kt awk jgk ni...

http://storycikhoneybee.blogspot.com/2011/09/jom-jaga-kulit-dengan-buat-masker-muka.html