WELCOME THERE !! THANKS 4 VISITING !! YOU'RE NOW IN MY WORLD :) WILL HIT U BACK :D MY BLOG , MY RULES !

ANDAI LELAKI TAHU ...

Views





Andai lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelak
i

 itu adalah segalanya di hatinya.


Andai lelaki tahu.
.
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia

 sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.



Andai lelaki tahu
..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi
 
percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja 

pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bertengkar. Tetapi percayalah semakin 

bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.



Andai lelaki tahu
..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda risih, tapi dia

 mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mau kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu 

menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya,

 tetapi untuk masa depan anda.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak 

sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih mengangap kamu kanak-kanak  yang 

masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya

 kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya 

mahukan yang terbaik untuk kamu .



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk

 dengan wang atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa 

dihargai.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu

 tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga

 melalui bahasa tubuhnya.



Andai lelaki tahu.
.
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.



Andai lelaki tahu.
.
Apabila perempua
n kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya 

kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi 

yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. 

Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang 

lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi marah, dia bukan bermaksud untuk menjadi marah, tapi dia 

mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikanya. Percayalah, hati 

perempuan itu sangat lembut.



Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda 

pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali 

tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai 

anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang 

paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.



Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. 

Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan 

menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, 

tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat 

bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan 

tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah 

kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia 

didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong

 anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan 

bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.






THANKS FOR READING!

0 Comments: