WELCOME THERE !! THANKS 4 VISITING !! YOU'RE NOW IN MY WORLD :) WILL HIT U BACK :D MY BLOG , MY RULES !

7 TIPS KEKALKAN HUBUNGAN :)

Views



   ELAKKAN DARI BERPRASANGKA

- Jika sedang 'hot', tak bermakna si dia sedang marahkan kamu.Atau,jika si dia tidak pernah mengungkap kata cinta,bukan bermakna si dia tidak cintakan kamu.Mungkin ia ada cara tersendiri untuk pamerkan kasih sayangnya.So jgn paksa si dia mengungkap sayang/cinta kpd kamu.Cinta tidak hanya diungkap dibibir,cara dan tingkah laku saja cukup memandai untuk gambarkan perasaan si dia kepada kamu



  LINGKUNGAN KEHIDUPAN

-Walaupun dah ada kekasih,tak bermakna kamu harus lupakan dunia kehidupan kamu sebelum ini.Kamu harus tetap jalani seperti biasa,cuma ia di serikan dgn kehadiran si dia.Jangan tinggalkan aktiviti/hobi/sukan yg kamu suka lakukan sebelum ini,semata2 mahu bersama dgn si dia.Ini tidak memberi keseimbangan masa untuk teman2 mahupun keluarga.
 


  BIARKAN SI DIA TENTUKAN HALA TUJU 

HIDUPNYA-Jgn bersikap 'queen/king' control.Biarlah si dia lakukan apa yang disukainya sekali-sekala jika ia tidak mendatangkan keburukkan.Cuba bertolak-ansur dalam sestengah perkara.Walaupun kamu tidak suka. (cth:menemani si dia bershopping, menonton bola sepak).Sekali-sekala cuba kamu turuti/selami apa yang disukainya.



  JANGAN BANDINGKAN DIA DENGAN ORANG LAIN

-Setiap pasangan mahukan kesempurnaan dlm perhubungan.Oleh itu masing2 harus berfikiran terbuka.Yang penting jangan bandingkan si dia dengan bekas kekasih or dengan sesiapa pun.Walaupun dari segi percakapan,perangai,perlakuan,pakaian,dan apa2 lagi.Fikirkan cara yg tidak akan menyakiti hati si dia jika kamu ingin atau mahu mengubahnya.Seharusnya terimalah keadaannya seada2nya dan jgn harapkan sesuatu yg di luar kemampuannya.



  LAKUKAN YG TERBAIK


-Fikirkan yg terbaik untuk diri kamu dan jangan paksa untuk menyukai sesuatu yang kamu tidak suka.Jangan hanya kerana mahu mengambil hati si dia,kamu tetap memaksa diri menyukainya.Hipokrit tu!! Bukan itu saje,,jangan lekas tunduk dengan kemahuan si dia.Bukan semua kemahuannya kamu mampu laksanakan.Kena tengok juga pada kesesuaian dan keikhlasan kamu juga.Bahaya jika kamu turuti sesuatu kemahuan yang diluar batasan.Dan tentu hati si dia tersinggung jika si dia mendapat tahu apa yang kamu lakukan tidak jujur dan tidak ikhlas.



   JANGAN CUBA UBAH SI DIA


-Apa perasaan kamu jika si dia mahukan kamu berubah mengikut cita rasanya? Begitu juga si dia,,jangan sekali-sekala kamu cuba mengubah kehendaknya agar sama denagn kehendak kamu.Biarlah dia dengan caranya dan kamu dengan cara mu.Cuba bersikap jujur dalam perhubungan.Setiap manusia mempunyai hak,minat, dan pengetahuan tersendiri.Jika si dia mempunyai sebarang kekurangan tentang sesuatu cuba terangkan dengan baik agar si dia terasa dia perlu lakukan sesuatu yang dia tidak pernah tahu.Jangan memaksa jika si dia berhenti lakukan perubahan kerana ini boleh jadikan pertengkaran.Cuba ambil masa dan bantu si dia jika si dia mahukan perubahan.



  LUAHKAN APA YANG KAMU RASA 


-Jangan sesekali sembunyikan apa yang kamu rasa.Ini akan buatkan kamu berasa 'stress'.Jika tekanan ini berlarutan,ia boleh terjebak dalam pertengkaran.Segala ketidak puasan hati akan keluar.Ini lebih bahaya.Tanpa komunikasi yang baik,hubungan akan menjadi hambar.Setiap pasangan harus bersikap terbuka dan jangan berperasaan negatif.Cuba berbincang untuk menyelesaikannya.Tidak kira la secara face to face,telifon atau secara online.Ini dapat memuaskan hati kedua2 pihak jika ada sesuatu yang tidak diingini.Cuba dengar pendapatnya dan jangan membangkang jika tidak mempunyai alasan yang kukuh



creds : MS

THANKS FOR READING!

1 Comments:

smilenajah93 said...

wahhhaaaaa ! menarik ! thanks share :)